Rabu, 12 Agustus 2009

Petinggi NII Zaytun Di Malaysia di Tangkap


Penggrebekan NII Alzaytun di Malaysia


had, tanggal 9 Ogos 2009.
Satu Operasi mengempur buyut Gerakan Pemuda Kahfi a.k.a NII Wilayah Malaya telah dijalankan pada pagi ini. Operasi secara bersama oleh pihak Jabatan Agama dan pihak Polis Diraja Malaysia tersebut bermula jam 11.30 pagi di Pusat Komersial Taman Oakland, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Hasil pemerhatian pihak KAWAN bersama Suarajagat yang turut berada di lokasi kejadian mendapati seramai kira-kira 20 orang telah ditangkap termasuk 4 orang Pemimpin mereka. Manakala 16 yang lain adalah 2 orang penjaga pintu atau dikenali sebagai malaikat dan 14 orang pengikut yang sedang mengikuti majlis MH2 iaitu program yang dilaksanakan sebelum mereka dibawa ke Maahad al-Zaytun di Indramayu, Indonesia. baca selanjutnya.

______________________________________________________________

Pemerintah Malaysia Tidak Mengakui Lulusan Mahad Alzaytun

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak mengiktiraf kelulusan yang diperoleh oleh pelajar Pesantren Al-Zaytun di Indramayu, Jawa Barat, Indonesia kerana didapati mempunyai unsur-unsur ajaran sesat seperti yang dibawa oleh kumpulan Al-Arqam yang diharamkan. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin hari ini berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati terdapat beberapa keraguan terhadap perjalanan Ma’ahad Al-Zaytun daripada segi kurikulum pelajaran dan juga kegiatan pelajar.

“Unsur-unsur seperti yang terdapat dalam ajaran sesat Al-Arqam itu ada (dalam kurikulum) seperti pemujaan dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini.

Beliau berkata ekoran itu, Yayasan Ma’ahad Asas Al-Zaytun di Shah Alam telah diarahkan supaya menghentikan operasi mengambil pelajar Malaysia untuk dihantar ke Ma’ahad Al-Zaytun di Indramayu. baca selanjutnya ..

______________________________________________________________

Hasil dari Infaq Uang Ummat buat Beli BMW

Selepas berakhirnya operasi penangkapan umat NII Wilayah Malaya ahad lalu, semua pimpinan dan pengikut yang ditangkap telah di tahan reman oleh pihak berkuasa di Seremban. Mereka telah dibawa ke mahkamah syariah pada petang isnin atas kesalahan mengajar tanpa tauliah dan penahanan mereka tetap diteruskan.

Kejayaan pihak berkuasa melaksanakan operasi tersebut telah mendapat liputan meluas dari pihak media di seluruh negara. Dari pemerhatian SJ, peristiwa ini memberi tamparan kepada NII di Malaysia dan Indonesia. Dalam pada itu posting terbaru di blog nii-alzatun cuba mengaitkan dengan isu keganasan serantau. SJ tidak akan mengulas tentang isu ini.

Walaubagaimanapun, SJ yakin..pastinya ramai yang ingin melihat kereta mewah yang dimiliki oleh pemimpin NII yang ditangkap sebagaimana tersiar dalam laporan media massa.

Oleh yang demikian, untuk tidak menghampakan para pembaca dan follower blog ini, SJ memaparkan gambar kereta mewah tersebut utk pengetahuan umum. Nombor pendaftaran kenderaan adalah dirahsiakan. Gambar Lengkapnya silahkan click disini ..

0 komentar: